Favourite Songs

Thursday 8 October 2015

MENTALITI

"MENTALITI"
Apa itu sebenarnya mentaliti?!!

Kadang2 ada segelintir daripada mungkin tidak mengetahui makna mentaliti.
Mentaliti bermaksud keadaan atau kualiti berfikir dan cara berfikir.
 Terdapat tiga tahap mentaliti setiap orang.Pengukuhan mentaliti ini menentukan pengukuran daya pemikiran rakyat sesuatu negara.

Selalunya,negara maju mempunyai rakyat yang bermentaliti kelas pertama iaitu daya berfikir yang tinggi dari segi aspek jasmani,emosi,rohani,intelek dan sosial.Untuk Malaysia menjadi negara maju,rakyat hendaklah menerapkan budaya yang mampu mengasah daya pemikiran untuk mencapai tahap mentaliti kelas pertama.
Maksud saya bukanlah Malaysia sebuah negara yang teruk.Demi mengharungi cabaran menjadi negara maju hendaklah bermula daripada rakyatnya sendiri yang juga mampu membentuk negara maju.

Saya akhiri post kali ini dengan serangkap pantun:

Berjalan pulang bersama rakan,
Sambil berjalan nampak hantu,
Terkasar bahasa mohon dimaafkan,
Bukan niat hendak buat begitu.

ASSALAMMUALAIKUM DAN JUMPA LAGI.......:)


No comments:

Post a Comment