Favourite Songs

Tuesday 3 November 2015

WARNA

Pengertian warna ? Oh betapa indahnya Allah menciptakan dunia yang penuh dengan warna. Contohnya pelangi yang sungguh indah dengan keunikan warnanya......

    Warna dalam design grafik merupakan elemen grafik paling kuat dan provokatif .Warna dapat berperanan dalam segala aspek kehidupan manusia. Warna mampu berbicara sebagai warna itu sendiri, warna sebagai perwakilan alam, warna sebagai lambang atau simbol, dan warna sebagai ekspresi.


   Kita hendaklah menjadikan warna sebagai suatu sumber inspirasi yang mampu mengubah jalan hidup kita dan memberi dorongan terus berjaya..........

SEKIAN SAHAJA TAJUK PADA HARI NI !!!
P/S: Saya meminta maaf jika saya  lambat menghantar post sebelum ini kerana sibuk dengan peperiksaan .....ASSALAMMUALAIKUM DAN BYE......

Image result for warna

Friday 16 October 2015

HIJRAH

HIJRAH

Dalam Islam "Hijrah" bermaksud perpindahan dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain.Contohnya penghijrahan Rasulullah S.A.W ke Madinah dari kota Mekah.Pada era globalisasi ini yang dilingkari kemajuan teknologi yang sungguh canggih, kita perlulah bertekad dan mempunyai iltizam utnuk berhijrah dari apsek jihad dan niat.

Hal ini disebabkan sebarang perkara boleh berlaku jika kita tidak menyiapkan diri kita.
Kembali pula pada topik kita iaitu hijrah........
Bersempena sambutan MAAL HIJRAH baru2 ini,kita mestilah berazam untuk mengubah diri kita yang serba kekurangan untuk meningkatkan prestasi,mentaliti,akhlak dan semangat untuk terus berjuang menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran menuju WAWASAN 2020 serta kecemerlangan di dunia dan akhirat.

BERSAMA-SAMALAH KITA SENTIASA BERUBAH KE ARAH KEBAIKAN 

JANGAN PULA MENJADI TIDAK BAIK SELEPAS MAAL HIJRAH YE.........
Image result for transformationImage result for maal hijrah 1437
ASSALAMMUALAIKUM .......

Sunday 11 October 2015

TIPS MENGHADAPI PEPERIKSAAN


ASSALAMMUALAIKUM DAN HI!!!....

 Dalam bulan ini majoriti pelajar di seluruh Malaysia akan sibuk mempersiapkan diri mereka untuk menghadapi pelbagai peperiksaan seperti PT3,SPM dan peperiksaan akhir tahun.

Oleh itu,saya mempunyai beberapa tips atau cara untuk menghadapi peperiksaan. 
ANTARANYA:

1. Semak jadual

Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.
Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.

2. Kunci peperiksaan

Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.
Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.

3. Tentukan keutamaan

Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua.
Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.

4. Banyak mengingat dan membuat kaitan

Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.
Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.

5. Merancang persiapan peperiksaan

Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.
a) Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan.
Selain di sekolah dan rumah, anda seharusnya mengambil peluang memanfaatkan masa yang ada, tidak kira di mana saja berada dengan membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini. Ini akan membantu anda mengingati semula apa yang telah dipelajari.
Dalam pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat untuk menduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum. Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit.
Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di sekolah mahupun sewaktu belajar sendiri di rumah. Kesihatan tubuh badan yang baik amat perlu, apatah lagi akan menduduki peperiksaan.
Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat, sebaliknya manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran. Ini kerana semua perkara itu boleh dilakukan kemudian berbanding peperiksaan yang kata orang sekali seumur hidup. Jangan lepaskan peluang keemasan itu.
Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang. Dalam masa beberapa hari ini juga, anda seharusnya makan makanan yang berzat dan boleh membantu mengembang dan mencergaskan minda anda.
Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, anda perlu pastikan keperluan peperiksaan yang lain tidak dilupakan, antaranya peralatan menulis khususnya pensel 2B, pemadam dan penajam pensel, jika tidak sediakan beberapa batang pensel. Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan.
Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu perlu supaya anda berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah.
b) Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke sekolah atau dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke sekolah.
Ingat, perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya membuatkan anda panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan.
Sebelum itu, jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya.
Ketika berada dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika menggelabah, anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang.
Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi kebenaran oleh pengawas peperiksaan, jawablah soalan yang anda fikir mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. Soalan susah yang ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan, tetapi dibuat kemudian.
Jika menjawab soalan objektif, ketelitian amat perlu. Menentukan pilihan jawapan yang tepat amat penting. Pastikan jawapan yang kita pilih dalam kertas soalan sama dengan huruf pada kertas jawapan. Seandainya tersalah tanda, padamkan betul-betul sehingga hilang tanda hitam pensel
Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi soalan objektif mahupun subjektif, semakan sebelum kertas jawapan diserah kepada pengawas peperiksaan adalah perlu dalam memastikan semuanya betul dan sudah dijawab. Oleh itu, peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakan terakhir.
Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan masa yang diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali alpa atau khayal sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan anda.
c) Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah.
Jika ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika menjawab kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas soalan itu setelah peperiksaan berakhir.
Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak jawapan.

6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan

Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.

7. Berdoa dan bertawakal

Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.
Image result for examination quotes wishes
  • Begitulah 7 Tips Untuk Cemerlang dan Persediaan Menghadapi Peperiksaan yang boleh digunakan oleh pelajar sebagai panduan persedian dan meghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Di harap dengan panduan tip-tip di atas, pelajar-pelajar akan berkeyakinan dan membuat persiapan yang cukupuntuk menghadapi ujian itu nanti.

Thursday 8 October 2015

MENTALITI

"MENTALITI"
Apa itu sebenarnya mentaliti?!!

Kadang2 ada segelintir daripada mungkin tidak mengetahui makna mentaliti.
Mentaliti bermaksud keadaan atau kualiti berfikir dan cara berfikir.
 Terdapat tiga tahap mentaliti setiap orang.Pengukuhan mentaliti ini menentukan pengukuran daya pemikiran rakyat sesuatu negara.

Selalunya,negara maju mempunyai rakyat yang bermentaliti kelas pertama iaitu daya berfikir yang tinggi dari segi aspek jasmani,emosi,rohani,intelek dan sosial.Untuk Malaysia menjadi negara maju,rakyat hendaklah menerapkan budaya yang mampu mengasah daya pemikiran untuk mencapai tahap mentaliti kelas pertama.
Maksud saya bukanlah Malaysia sebuah negara yang teruk.Demi mengharungi cabaran menjadi negara maju hendaklah bermula daripada rakyatnya sendiri yang juga mampu membentuk negara maju.

Saya akhiri post kali ini dengan serangkap pantun:

Berjalan pulang bersama rakan,
Sambil berjalan nampak hantu,
Terkasar bahasa mohon dimaafkan,
Bukan niat hendak buat begitu.

ASSALAMMUALAIKUM DAN JUMPA LAGI.......:)


HONESTY

HONESTY



Honesty is one of the most important characteristics in our daily life.Being honest shows that someone has a good and polite manner.

Honesty comes with a word like truthful and so on.When someone has honesty in our heart it adorns our moral values and produces a truthful mind in our life.

FIVE LAST WORDS:

"HONESTY IS THE BEST POLICY"

Image result for honesty quotesImage result for honesty quotesImage result for honesty quotesImage result for honesty quotesImage result for honesty quotes

Music

   Music


Music is one of the most trending things in the world.Sometimes people hear music as a hobby and they also listen to music to release stress.In my opinion music is something that we can take it as an inspiration to build our confident level.It also can help us in reducing our stress level and ensure that we are over the moon.

Music makes me happy!!! DO MUSIC MAKES ALL OF YOU FEEL EXCITED???!!!!

PLEASE  LEAVE YOUR COMMENTS BELOW............


Image result for music quotesImage result for music quotes

Wednesday 7 October 2015

SETIA

                                          SETIA


  ASSALAMMUALAIKUM.........

Post kali ni mengenai setia?!

APA ITU "SETIA"?? :):)

Setia adalah suatu sifat yang wujud dalam diri kita.Perkataan ini hadir bersama perkataan patuh atau taat.Adakah kita setia dalam kehidupan yang sungguh indah ini?(Mungkin Ya @ Tidak)

Pernahkah kita muhasabah diri tentang kesetiaan kita terhadap Allah S.W.T,Nabi kita iaitu Muhammad S.A.W,ibu bapa,guru,rakan dan sebagainya?
Mungkin kita fikir yang kita sudah cukup patuh @ setia.Namun, adakah setia kita itu setia yang sebenar-benarnya? 

Oleh itu,bersyukurlah kita dilahirkan dalam situasi yang orang lain tidak ada dalam diri mereka......Disebabkan itu,kita hendaklah menanam dan menyemai kesetiaan yang sejati dalam diri kita untuk terus patuh dalam agama mahupun negara kita demi memperoleh kejayaan yang pastinya cemerlang di dunia mahupun akhirat kelak.....

Sekian ASSALAMMUALAIKUM DAN JUMPA LAGI.........

Image result for SETIA